Ekelas- Drama Bahasa Inggeris Dan Experiment Math & Sains
12 Ogos 2018 | Aktiviti TerkiniPada 10 dan 11 Ogos 2018 telah berlangsungnya Tutorial Secara Langsung untuk eKelas 2018 yang mana kelas berikut dikhususkan untuk pelajar tingkatan 1, 2 dan 3. eKelas pada minggu ini melibatkan kerja berkumpulan iaitu pelajar dikehendaki menghafal skrip drama bahasa inggeris yang diberikan oleh guru masing-masing pada minggu lepas dan mempersembahkan dalam bentuk lakonan untuk dirakam kemudian dinilai oleh guru bagi mendapatkan markah.
Aktiviti pada hari sabtu juga melibatkan pelajar dalam kumpulan bagi melakukan aktiviti eksperimen matematik dan sains. Antara tajuk aktiviti tingkatan 1 ialah Mengesan Tekanan Udara Menggunakan belon dan botol air, tingkatan 2 Mencipta model system suria, dan tingkatan 3 membina elektroskop sendiri.
Kelas yang berlangsung di Bilik Latihan Pusat Internet 1Malaysia Yan Kechil, selama 9 jam bermula dari 3.00 petang (jumaat) dan 11 pagi hingga 6 petang (sabtu) ini dihadiri oleh 126 orang pelajar tingkatan 1, 2 dan 3. Berikut bilangan kehadiran minggu ini :
10 Ogos 2018: Bahasa Inggeris
Pelajar Tingkatan 1 ( 15 orang)
Pelajar Tingkatan 2 ( 15 orang)
Pelajar Tingkatan 3 ( 14 orang)
11 Ogos 2018: Matematik
Pelajar Tingkatan 1 ( 12 orang)
Pelajar Tingkatan 2 (15 orang)
Pelajar Tingkatan 3 (16 orang)
11 Ogos 2018: Sains
Pelajar Tingkatan 1 (8 orang)
Pelajar Tingkatan 2 (15 orang)
Pelajar Tingkatan 3 (16 orang)
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: